Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar

1. Menyayangi dan menghargai alam sekitar bererti kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

2. Setiap benda hidup seperti manusia, tumbuhan, dan haiwan saling bergantung antara satu dengan yang lain untuk terus hidup.

3. Begitu juga dengan udara, air, dan tanah yang mempunyai hubungan erat dengan ekosistem.

4. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan gangguan kepada ekosistem. Contoh aktiviti manusia yang menyebabkan kerosakan alam ialah pembakaran terbuka dan pembuangan sampah sarap serta bahan kimia.